Mengajar Anak Lebih Baik Konsisten Walaupun Sedikit!! February 5, 2016 12:00
Bagi memastikan anak anda faham apa yang dipelajarinya dan kekal dalam memori jangka panjang, ulangkaji harus konsisten.
Anda tidak boleh mengharapkan pengajaran akan melekat dimindanya sekiranya mengabaikan ulangkaji.
Sebagai ibubapa, kita perlu bertanggungjawab dan memastikan anak memahami pelajarannya.
Untuk mencapai objektif ini, perlu ada rancangan pengajaran harian (Lesson plan). Selalunya kita cuba untuk selesaikan pengajaran bagi jangkamasa pendek shj.
Contohnya, pada mulanya, semangat berkobar-kobar nak ajar anak2. Motivasi pun tinggi! Semangat tinggi! Bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan.
Alih-alih, 2-3 hari atau 2-3 minggu atau 2-3 bulan kemudian, habis semua lentur. Motivasi, semangat dan keyakinan hilang…mengajar utk beberapa sessi bersungguh2 dan tidak mengambilkira anak ingat dlm kelas yg seterusnya. Ibarat “hangat2 tahi ayam”.
Mengajar untuk jangkamasa pendek selalunya membuang masa dan ia mengecewakan anak dan ibubapa.
Bagaimana kita boleh mengatasinya?
Insyallah saya akan cuba memberi 5 tip yang boleh digunakan.