News

Huruf Besar ke Huruf Kecil? June 1, 2015 17:25

 

Apa yang anda lihat lebih apabila membuka buku , huruf besar atau huruf kecil ???

Saya selalu ajar my children (sekarang berusia 14,11, 9) huruf kecil dahulu selepas tu baru mula kenalkan huruf besar.

Kenapa saya suka kenalkan huruf kecil sahaja?

Kerana sesetengah huruf mempunyai bentuk yang berbeza (huruf besar tidak sama dengan huruf kecil), yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada kanak-kanak, seperti huruf ‘Q q' 'D d', dan ‘E e'‘. Kanak2 mudah keliru apabila kita cuba untuk perkenalkan kedua-dua huruf serentak pada tahap awal. (This what I felt masa mengajar anak2 saya) Sekiranya huruf seperti ‘W w’ dan ‘Z z’ tidak mengapa, kerana huruf besar dan kecil mempunyai bentuk yang sama.
Selain daripada itu, I observe kebanyakan perkataan di dalam buku menggunakan huruf kecil, berbanding huruf besar, saya lihat apabila huruf kecil diperkenalkan dahulu, permulaan proses membaca anak-anak adalah lebih lancar. Contohnya, ‘pin’ selalu ditulis berbanding ‘PIN’, jadi apabila kita cuma tumpukan kepada pengenalan huruf kecil, mungkin mereka lebih fokus dan tidak perlu ‘terkeliru’ dengan info huruf besar..in short it is 'easy' and 'no confusion'
Oh yes..one more thing perkenalkan bunyi huruf..the phonics way..