LINUS!!! November 2, 2015 19:57
Pendidikan dinegara kita sudah kian berubah. Kalau dulu tak perlu masuk tadika boleh masuk sekolah terus...tapi sekarang sekolah dah berbeza. Bila anak2 masuk sekolah darjah 1 anak harus sudah tahu membaca, ,mengeja dan mengira.....
Kalau anak masih tidak boleh mengenal huruf umur 5 tahun, dan umur 6 tahun masih menghadapi masalah membaca dan mengeja, ibubapa harus ambil tindakan SEGERA!! Kita tidak boleh berharap sepenuhnya atau mengadu kepada guru tadika atau sekolah untuk membantu anak jika anak ketinggalan.
Anak adalah seumpama pokok yang perlu disiram air dan dibaja. Tugas ibu bapa adalah memastikan anak sentiasa diberi didikan dirumah manakala guru memberi tunjuk ajar dalam perkembangan dari segi pendidikan dan intelektual. Cikgu memberi baja, ibu bapa perlu menyiram air. Bolehkah pokok bergantung sepenuhnya pada baja sahaja?
Cuba fikirkan dari sudut anak kita pula, kalau anak masih tidak boleh membaca bila masuk darjah 1, anak akan hilang fokus dalam kelas kerana tidak boleh mengikuti pelajaran. Tambah pula, dengan suasana bising, displin sekolah yang baru dan mencari kawan menyebabkan anak jadi stress!
Setiap anak menzahirkan stress cara berbeza, ada anak yang:
1) Menangis bila nak ke sekolah,
2) Selalu cari alasan, sakit perut dan sbgnya
3) Jadi pendiam
4) Suka menjerit untuk perkara2 kecil
5) bermain dalam kelas
Saya cuma ingin menekankan pada ibubapa untuk tidak menjadi defensif sekiranya anak ada masalah dalam pembelajaran. It is never too late to seek help. Jangan salahkan mana pihak, kita mengenal anak kita yang terbaik. Sekiranya menghadapi sebarang masalah dengan cara untuk mengatasi masalah 4M atau LINUS boleh hubungi Pn Arva (Dyslexia Tutor) 03-78865152 atau pm.